PORT DICKSON – Proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) kerusi Parlimen Port Dickson akan bermula pukul 9.00 pagi ini dengan tumpuan pastinya terarah kepada jumlah calon yang akan disahkan bertanding. Proses penamaan calon akan berlangsung di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson dengan tempoh masa satu jam diberikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi calon-calon mengemukakan Kertas Penamaan Calon masing-masing. Kertas Penamaan Calon yang telah lengkap diisi dengan betul…










