PUTRAJAYA 4 Sept. – Satu kajian semula akan dilaksanakan terhadap keberkesanan Program Podium berikutan kegagalan negara menempatkan diri dalam kalangan sepuluh negara terbaik pada temasya Sukan Komanwel di Gold Coast dan Sukan Asia Jakarta-Palembang tahun ini. Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman berkata, perkara berkenaan perlu dilakukan bagi menambah baik program sedia ada sebagai persediaan segera untuk menghadapi temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang berbaki 23 bulan lagi.…










