BAITULMUQADDIS –Presiden Israel, Reuven Rivlin memberikan syarahan pendek tentang Adolf Hitler kepada rakan sejawatnya, Rodrigo Duterte semalam selepas pemimpin Filipina berkenaan menyamakan dirinya dengan diktator tersebut yang melakukan penghapusan bangsa Yahudi atau Holokus. “Hitler sebenarnya mewakili syaitan. Dia adalah syaitan di muka bumi ini,” kata Rivlin semasa pertemuan mereka di pejabatnya di Baitulmuqaddis. Rivlin kemudian menyatakan bahawa lawatan Duterte ke Memorial Holokus Yad Vashem di Israel kelmarin telah memberikan gambaran…










