HULU TERENGGANU 10 Sept.- Seorang pesara Jabatan Pertanian lemas manakala enam anggota keluarganya bersama pemandu bot terselamat apabila bot yang dinaiki terbalik berhampiran air terjun Sungai Lasir, Tasik Kenyir, di sini pagi ini. ALI AHMAD Mayat mangsa, Ali Ahmad, 68 beasal dari Skudai Johor, ditemukan pagi tadi oleh pekerja rumah bot pelancong berkenaan yang terus menjalankan kerja-kerja menyelamat sebaik kejadian berlaku sebelum ketibaan anggota polis. Menurut Ketua Polis Daerah, Deputi Superitendan…










