LONDON – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, individu yang melakukan rasuah mesti dihukum tetapi beliau berpendapat ia belum mencapai tahap di Malaysia bahawa pesalah harus dihukum penjara seumur hidup. “Mereka mungkin di penjara, berapa lama mereka dipenjarakan bergantung pada tahap kesalahan dan saya fikir tahap rasuah yang berbeza memerlukan hukuman yang berbeza. Tetapi kami belum mencapai tahap bagi hukuman penjara seumur hidup,” katanya. Mahathir menjawab soalan sama ada beliau menyokong hukuman mati bagi pemimpin yang melakukan rasuah selepas beliau menyampaikan syarahan bertajuk Cabaran Tadbir Urus Yang Baik Dalam Negara Islam pada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya