Perpaduan melalui Sukma landasan bersatu - Utusan Malaysia

Perpaduan melalui Sukma landasan bersatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Atlet dan pegawai kontinjen Sukan Malaysia (Sukma) ke-19 perlu menggunakan perpaduan dibentuk sepanjang temasya sukan itu berlangsung sebagai platform untuk terus bersatu atas nama Malaysia.

Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu berkata, biarpun atlet bertanding atas bendera negeri masing-masing, perkara paling penting adalah rakyat bernaung di bawah panji-panji Jalur Gemilang yang menyatukan semua negeri di negara ini.

“Saya terharu apabila melihat atlet-atlet muda kita meneruskan tradisi perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum. Inilah sebenarnya keunikan negara yang mempunyai perbezaan kaum, budaya dan agama adalah kekuatan menyatukan serta bukannya melemahkan rakyat di negara ini.

“Semangat perpaduan dan toleransi semestinya sentiasa membara dalam diri setiap rakyat Malaysia, bukan hanya pada waktu tertentu seperti sambutan Hari Kebangsaan atau ketika kita menyokong Datuk Lee Chong Wei menentang Lin Dan dalam gelanggang badminton,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Sukma Perak 2018 yang turut dihadiri Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari di sini malam ini. – Bernama 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN