Perkarangan mahkamah kecoh Ismail Sabri dihalang masuk - Utusan Malaysia

Perkarangan mahkamah kecoh Ismail Sabri dihalang masuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Sept. – Perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta di sini kecoh seketika apabila sekumpulan penyokong bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dihalang untuk memasukinya.

Kekecohan itu berlaku apabila rata-rata mereka bersama Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dihalang memasuki pekarangan mahkamah pukul 2.50 petang tadi oleh pihak polis.

Bagaimanapun selepas mengadakan perbincangan,

Memuatkan artikel berkaitan…

hanya beberapa individu termasuk Ismail Sabri dibenarkan masuk untuk menyaksikan 25 pertuduhan dilakukan ke atas Ahli Parlimen Pekan itu.

Sementara penyokong pula dibenarkan memasuki ke lobi mahkamah.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) mula mengawal pintu masuk Mahkamah Kuala Lumpur bagi mengawal ketenteraman awam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini