IPOH – Pasukan bola sepak Perak hanya selangkah untuk merekodkan sejarah menjadi satu-satunya skuad yang merangkul ibu segala pingat di pentas Sukan Malaysia (Sukma) tiga kali berturut-turut setelah sah ke final apabila menundukkan Sabah 2-1 kelmarin. Pada saingan separuh akhir yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Manjung itu, Sabah terlebih dahulu menjaringkan gol pada minit ke-15 menerusi penyerang, Ariusdius Jais. Pasukan tuan rumah bagaimanapun kembali bangkit menyamakan kedudukan menerusi penyerang,…










