PUTRAJAYA 27 Sept.- Seorang penjawat awam wanita berdepan detik cemas apabila disamun sebelum kereta jenis Nissan Almera miliknya dilarikan seorang lelaki yang bersenjatakan pisau. Dalam kejadian pada pukul 8.40 malam tadi di Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Larai Presint 6 itu, Nur Layali Mohd. Ali baharu pulang dari tempat kerjanya di Jabatan Perangkaan. Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata, ketika kejadian, Nur Layali didatangi oleh seorang lelaki…










