Penduduk naikkan ikan patin 150 kilogram - Utusan Malaysia

Penduduk naikkan ikan patin 150 kilogram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS 17 Sept. – Seekor ikan patin buah seberat 150 kilogram (kg) berjaya didaratkan oleh sekumpulan penduduk Kampung Tok Sangkut, Meranti di sini tengah malam tadi.

Wakilnya, Mohd. Ghazali Daud, 62, berkata, ikan tersebut berjaya ditangkap menggunakan kaedah candik di Sungai Lubok Jong, Kampung Teresek.

Menurutnya, mereka mengambil masa lebih satu jam untuk menarik ikan berkenaan ke tebing sungai menggunakan tali.

“Ini merupakan tangkapan ikan patin terbesar yang pernah kami dapat. Sejujurnya tangkapan ini amat mengejutkan kami semua,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Ghazali memberitahu, hasil tangkapan itu dijual dengan harga RM15 sekilogram.

Katanya, sehingga kini 120 kg ikan tersebut telah dijual kepada penduduk setempat.

“Baki daripada ikan tersebut diagihkan kepada rakan-rakan yang telah terlibat dalam kerja-kerja tersebut,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×