Pemilik bengkel maut motosikal terbabas masuk sungai - Utusan Malaysia

Pemilik bengkel maut motosikal terbabas masuk sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Seorang pemilik bengkel kenderaan maut selepas motosikal ditungganginya terbabas lalu terjunam ke dalam sungai di Kampung Selarong Panjang, Jalan Kangkong di sini hari ini.

Mayat mangsa, Abidin Ahmad, 46, ditemui kira-kira pukul 6.30 petang tadi oleh anggota bomba.

Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri, Penguasa Bomba Zamani Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian seorang penunggang motosikal terbabas ke dalam sungai kira-kira pukul 5.26 petang.

“Sebaik tiba di lokasi kita dapati keadaan air sungai deras dengan kedalaman 1.5 meter dan operasi mencari mangsa terus dilakukan menerusi pencarian di permukaan air.

“Mangsa berjaya ditemui kira-kira 50 meter dari lokasi dia dipercayai terbabas dan disahkan telah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini bagi proses bedah siasat.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN