Pemilik bengkel maut motosikal terbabas ke dalam sungai - Utusan Malaysia

Pemilik bengkel maut motosikal terbabas ke dalam sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 16 Sept. – Seorang pemilik bengkel kenderaan maut setelah motosikal ditunggangnya terbabas ke dalam sungai di Kampung Selarong Panjang, Jalan Kangkong, dekat sini petang tadi.

Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi (PGO) negeri, Penguasa Bomba Zamani Ismail berkata, kejadian yang berlaku pada pukul 5.26 petang itu menyebabkan mangsa, Abidin Ahmad, 46, meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Ketika kejadian, paras air sungai berada pada ketinggian 1.5 meter dengan keadaan air yang deras.

“Jasad mangsa ditemukan dalam lingkungan 50 meter dari lokasi mangsa terbabas kira-kira sejam selepas kejadian. Sebaik ditemukan, dia disahkan telah meninggal dunia oleh kakitangan jabatan kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN