IPOH – Penganjur Sukan Malaysia (Sukma) ke-19, Perak menjanjikan pembukaan rasmi gilang-gemilang persis temasya Sukan Olimpik Rio 2016 dan Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang 2018. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan Perak, Howard Lee Chuan How berkata upacara pembukaan rasmi itu yang akan berlangsung di Stadium Perak, malam esok, bakal menggunakan teknologi sama pada dua temasya sukan terbesar tersebut. “Majlis perasmian ini akan setanding dari segi teknologi yang digunakan pada…










