GAZA CITY 24 Sept. – Kumpulan pekerja di Agensi Kerja dan Bantuan Untuk Pelarian Palestin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) mengadakan mogok di Semenanjung Gaza hari ini sebagai ptotes terhadap kehilangan kerja dan potongan bantuan oleh Amerika Syarikat (AS). Mogok itu juga menyaksikan lebih 250 buah sekolah kelolaan UNRWA di Gaza termasuk pusat-pusat perubatan dan pusat edaran makanan ditutup. Terdapat kira-kira 13,000 pekerja UNRWA di Gaza. – AFP










