GENEVA 11 Sept. – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendakwa Myanmar sedang mengadakan ‘kempen politik’ terhadap kebebasan kewartawanan. Myanmar ketika ini berdepan kritikan antarabangsa selepas mengenakan hukuman penjara selama tujuh tahun ke atas dua wartawan Reuters berhubung laporan mereka mengenai pembunuhan komuniti etnik Rohingya Islam. Laporan terbaharu daripada pejabat hak asasi manusia PBB itu secara jelasnya mengutuk ‘pelaksanaan undang-undang mahkamah dan kerajaan Myanmar yang disifatkan sebagai kempen politik terhadap kebebasan kewartawanan’.…










