Pas sedia bantu BN di Port Dickson - Utusan Malaysia

Pas sedia bantu BN di Port Dickson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 13 Sept. – Pas bersedia membantu Barisan Nasional (BN) atas semangat kerjasama sesama pembangkang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob berkata, setakat ini pihaknya belum membuat sebarang ketetapan sama ada menghantar calon atau tidak berhadapan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di kerusi itu.

Namun, beliau berkata, sekiranya pertembungan satu lawan satu antara calon BN dan PH, pihaknya tiada masalah untuk membantu BN dan UMNO.

“Keputusan untuk hantar calon perlu tunggu pimpinan tertinggi dan kita pun selepas ini ada muktamar untuk bincang.

“(Tetapi) atas semangat blok pembangkang kita akan bantu BN dan UMNO,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Amanat Khas Menteri Besar Kepada Anggota Perkhidmatan Awam Negeri di Dewan Jamuan Utama, Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kub.

Hampir 1,000 kakitangan awam negeri hadir mendengar amanat sempena Hijratul Rasul 1440H.

Semalam, penyandang kerusi Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah mengumumkan peletakan jawatan serta merta bagi memberi laluan kepada Anwar memulakan langkah sebagai Perdana Menteri ke 8. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN