Pas sah hadir Persidangan Agung UMNO - Utusan Malaysia

Pas sah hadir Persidangan Agung UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 16 Sept. – Pemimpin Pas akan menghadiri Persidangan Agung UMNO pada 29 dan 30 September ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya mengesahkan telah menerima undangan daripada UMNO untuk menghadiri persidangan tersebut.

Beliau bagaimanapun belum dapat mengesahkan kehadirannya sendiri kerana terikat dengan program di luar negara dan bergantung pada tahap kesihatan.

“Saya terima undangan daripada luar negeri lebih awal dan juga daripada UMNO tetapi akan ada pemimpin hadir (Persidangan Agung UMNO),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas penutup Muktamar Tahunan Pas Ke-64, di sini hari ini.

Semalam, buat pertama kali dalam sejarah kepemimpinan tertinggi UMNO yang diketuai oleh Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama dua naib presidennya, setiausaha agung dan ketua-ketua sayap parti itu hadir dalam majlis perasmian muktamar tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN