Padah usik sarang ular tedung - Utusan Malaysia

Padah usik sarang ular tedung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUKAH – Tindakan dua rakan baik mengusik sarang seekor ular tedung hitam yang ditemui di bawah sebatang pokok mengundang padah apabila kedua-duanya ditemui maut dipatuk reptilia berbisa itu di hutan Kampung Bedanga di sini semalam.

Kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa bersama-sama seorang lagi rakannya berketurunan Iban masuk ke hutan itu bagi mencari buah asam paya atau buah asam kelubi pada pukul 7 pagi Sabtu lalu namun mereka didapati tidak pulang ke rumah sehingga pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Jimmy Panyau berkata, laporan polis dibuat oleh ibu kepada salah seorang mangsa pada pagi semalam yang bimbang anaknya tidak pulang ke rumah selepas masuk ke dalam hutan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN