Sudah menjadi kelaziman terutama sekali dalam perjumpaan sebesar Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) yang sedang berlangsung ketika ini, ucapan pemimpin dari negara besar seperti Amerika Syarikat (AS), Perancis, United Kingdom (UK) dan sekali-kala bergantung kepada isu – ucapan pemimpin dari Iran, Cuba dan Venezuela juga mendapat penelitian. Kemungkinan juga ucapan sulung Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Arden mendapat perhatian kerana kandungan teksnya bagaikan menempelak Presiden AS, Donald Trump ataupun…










