Tidak tunduk sebarang halangan bantuan ke Gaza

Tidak tunduk sebarang halangan bantuan ke Gaza

Anwar Ibrahim bersama Abdel Fattah El-Sisi ketika sidang media di Istana Al-Ittihadiya , Kaherah Mesir pada 10 November 2024. – AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia tidak tunduk dengan sebarang halangan khususnya dari rejim Zionis Israel untuk menyekat penghantaran bantuan kemanusiaan kepada rakyat Gaza.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia akan terus berdiri sebagai suara yang berprinsip dan bermaruah serta mempertahankan hak mereka yang tertindas di sebalik dunia kini diuji dengan hipokrasi.

“Malaysia tidak akan sesekali tunduk kepada sebarang halangan, khususnya daripada rejim Zionis Israel yang terus merencatkan usaha kemanusiaan ini. 

“Dalam saat dunia diuji dengan ketidakpedulian dan hipokrasi, Malaysia akan terus berdiri sebagai suara yang berprinsip dan bermaruah, mempertahankan hak mereka yang tertindas,” katanya dalam hantaran Facebook beliau semalam.

Dalam pada itu, Anwar berkata, Mesir memberi jaminan untuk memudahkan kemasukan 374 tan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Gaza melalui pintu sempadan Rafah bermula April ini.

Menurut Anwar, komitmen itu dizahirkan Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi setelah beliau memohon kerjasama negara itu bagi memudahcara penyaluran bantuan kemanusiaan Malaysia itu kepada rakyat Gaza.

Katanya, Abdel Fattah memberi komitmen untuk memastikan akses itu dipermudah dan membolehkan bantuan segera disalurkan kepada lebih 100,000 penduduk Gaza yang amat memerlukan.

“Mohon doa agar segala urusan dipermudah dan bantuan ini sampai dengan selamat kepada saudara kita di Gaza, Insya-Allah,” katanya.

Konflik berterusan di Gaza menyaksikan serangan udara dan darat Israel yang sengit, terutamanya sejak 7 Oktober 2023 menyebabkan kemusnahan besar, angka korban tinggi melebihi 40,000 dan krisis kemanusiaan meruncing. 

Serangan berterusan, termasuk di kawasan perlindungan, melanggar perjanjian gencatan senjata, dengan sekatan bantuan menyebabkan kekurangan bekalan asas.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN