KUALA LUMPUR 27 Sept.- Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mendakwa Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berasa bimbang dengan kemerosotan populariti. Ini berikutan kenyataan Guan Eng bahawa beliau mungkin akan menjadi menteri kewangan paling tidak popular dalam sejarah negara di tengah-tengah jangkaan apa yang akan diumumkan dalam bajet November ini. “Pagi ini, Guan Eng merengek bahawa dia mungkin akan diingati sebagai menteri kewangan paling tak popular dalam…










