MELAKA 18 Sept. – PENGGUNAAN slogan ‘Pintar, Hijau, Bersih’ oleh kerajaan negeri ini seperti tidak memberi sebarang kesan kepada masyarakat yang masih bersikap lepas tangan dalam soal kebersihan. Sikap segelintir individu yang mementingkan diri sendiri dan tidak cakna terhadap kawasan sekeliling ternyata masih menjadi masalah utama dalam usaha kerajaan menjayakan kempen kebersihan. Tahap kesedaran yang masih rendah secara tidak langsung mencerminkan mentaliti kita masih lagi terkebelakang. Tinjauan Utusan Malaysia di…










