KUALA LUMPUR 18 Sept. – Wajah baharu Utusan Malaysia yang kini bersaiz kompak mampu menarik para pembaca baharu dan lama sekali gus kekal sebagai akhbar nombor satu di negara ini. Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad (Angkasa), Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, beliau secara peribadi begitu tertarik dengan wajah baharu tersebut kerana nampak lebih segar dan meninggalkan imej lama ketika bersaiz besar. “Sebagai orang lama, pada saya saiz besar itu lebih…










