Makin ramai berani ‘cuit’ Islam - Utusan Malaysia

Makin ramai berani ‘cuit’ Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
BARU-BARU ini saya terbaca laporan sebuah portal berita yang mendakwa Gabungan Kumpulan Bertindak untuk Kesaksamaan Gender (JAG) mendesak Peguam Negara menkaji semula undang-undang syariah Malaysia.

Sudahlah Peguam Negara bukan orang Islam, yang mencadang itu juga bukan Islam atau pun Muslim liberal. Semuanya disebabkan dua wanita lesbian dikenakan hukuman sebat di Terengganu.

Jika orang bukan Islam sudah boleh ‘menentukan’ hala tuju amalan, kepercayaan dan perundangan Islam, adakah orang Islam juga sudah boleh mempersoalkan kepercayaan dan budaya mereka?

Jika perihal bangsa dan agama mereka dipersoal orang Islam sudah tentu akan dilabel sebagai rasis tetapi mereka mempertikaikan perihal Islam dikira sebagai ‘hak asasi’?

Cukuplah ahli politik bukan Islam berani mempersenda amalan dan kepercayaan orang Islam, janganlah ‘aktivis’ juga mahu ‘bermain api’. Kelak terbakar diri sendiri!

SARJAN PENCEN

Segambut, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN