KUALA LUMPUR 13 Sept. – Memilih wanita dan lelaki kesunyian sebagai mangsa penipuan menjadi modus operandi satu sindiket Love Scam yang berjaya dipatahkan dengan menahan 25 individu menerusi enam serbuan di sekitar Lembah Klang, Khamis lalu. Kesemua yang ditahan melibatkan 19 lelaki dan enam wanita dipercayai menjalankan kegiatan tersebut sejak tahun lalu dengan menyasarkan warga tempatan selain Jepun, Indonesia, Amerika Syarikat, Filipina dan China. Penahanan mereka yang berusia 21 hingga…










