Lelaki maut selepas daki Bukit Tabur - Utusan Malaysia

Lelaki maut selepas daki Bukit Tabur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Sept. – Seorang lelaki meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas ketika menuruni Bukit Tabur, Taman Melawati, Ampang dekat sini hari ini.

Mangsa, Amir Azhari Abdullah Zawawi, 29, disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke Hospital Ampang pada pukul 2.45 petang.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ampang, Hamizee Hamdan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada rakan mangsa pada pukul 1.25 petang dan seramai lima anggota dikerahkan ke lokasi untuk mengesan mangsa.

“Selain itu terdapat dua agensi lain turut terlibat iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan angggota perubatan Hospital Ampang.

“Pencarian bermula pada pukul 2.10 petang dan pasukan mencari menemukan mangsa 10 minit kemudian dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya.

Menurut Hamizee, mangsa dibawa ke Hospital Ampang untuk mendapatkan rawatan dan disahkan meninggal dunia di sana. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN