KUALA LUMPUR 13 Sept. – Kerajaan didakwa tidak membayar kos perkhidmatan kontraktor kawalan keselamatan sekolah seluruh negara bagi tempoh enam bulan lalu, yang dianggarkan berjumlah melebihi RM100 juta. Timbalan Presiden Dewan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia (DPUKM), Datuk Ismail Ishak berkata, peruntukan tersebut melibatkan sebanyak 80 syarikat kawalan keselamatan yang berdaftar di bawah persatuan berkenaan. “Selain masalah hutang kontraktor kawalan keselamatan, kita juga merayu agar kerajaan mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan…










