Kerjasama Pas-UMNO tanda muafakat - Utusan Malaysia

Kerjasama Pas-UMNO tanda muafakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Sept. – Kerjasama Pas dan UMNO dalam blok pembangkang merupakan tanda muafakat untuk gelombang baharu politik negara.

Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat, Nuridah Mohd. Salleh berkata, kerjasama tersebut sebagai memantapkan kedudukan blok pembangkang khususnya dalam Parlimen dan tidak lebih daripada itu.

“Kekalahan UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ada hikmahnya terutama untuk agama dan rakyat dan insya-Allah kepentingan dua perkara ini bakal menjadi kenyataan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pas sentiasa menyokong perkara yang baik untuk kepentingan agama dan negara malah ia turut disebut dalam perlembagaan parti,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Nuridah bersama beberapa ahli jawatankuasa Muslimat Pas Pusat hadir buat kali pertama pada Perhimpunan Agung Wanita UMNO 2018, selepas kedua-dua parti terbesar orang Melayu itu mengumumkan jalinan kerjasama sebagai blok pembangkang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini