Kelab Kilat Kangar anjur klinik bola sepak - Utusan Malaysia

Kelab Kilat Kangar anjur klinik bola sepak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 27 Sept. – Seramai 60 kanak-kanak menyertai klinik bola sepak anjuran Kelab Kilat Kangar Tenaga Nasional Berhad (TNB) Perlis di Padang Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Simpang Empat di sini, baru-baru ini.

Lebih istimewa klinik yang dilancarkan itu diserikan dengan kehadiran bekas pemain dan Ketua Jurulatih Kedah, Mohd. Nidzam Adzha Yusof yang turut meluangkan masa berkongsi pengalaman serta mengajar teknik sukan tersebut kepada kanak-kanak berkenaan.

Program tersebut juga bersempena dengan perlawanan akhir Liga Yang Dipertua Kilat Kangar 2018.

Setiausaha Kelab Kilat Kangar, Khuzairi Mat Isa berkata, para peserta yang menyertai klinik bola sepak tersebut terdiri daripada kanak-kanak berumur antara tujuh sehingga 12 tahun.

Katanya, klinik tersebut akan diteruskan setiap minggu iaitu pada Sabtu dan Ahad di Padang TNB di sini.

“Klinik bola sepak ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat. Kanak-kanak yang ingin menyertainya boleh mendaftar tanpa dikenakan sebarang bayaran.

“Objektif program ini ialah untuk memberi peluang pada kanak-kanak seawal usia tujuh sehingga 12 tahun menimba ilmu serta teknik asas berkaitan sukan bola sepak,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN