KUALA LUMPUR 24 Sept. – Kementerian Kesihatan melarang penjualan Jus Al Sunnah, Al Sunnah Gold dan Jus Penawar keluaran syarikat Sri Saga Marketing Sdn. Bhd. kerana mengandungi bahan steroid yang dilarang. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, hasil analisis mengesahkan produk itu mengandungi `dexamethasone’ dan `prednisolone’ yang dilarang di bawah Akta Makanan 1983. Katanya, `dexamethasone’ dan `prednisolone’ adalah steroid yang poten dan digunakan untuk rawatan masalah pembengkakkan…










