Jangan jadi golongan bermuka-muka - Utusan Malaysia

Jangan jadi golongan bermuka-muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Sept. – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan golongan berilmu agar tidak mengambil pendirian yang bersifat bermuka-muka serta menjadi lemah kerana terikat kepada kebendaan.

Abdul Hadi berkata, golongan tersebut berbicara dengan manusia akan kebenaran tetapi dengan bermotifkan kebatilan sehingga mereka tegar memperkecilkan dosa yang besar dan diam membisu terhadap kemungkaran.

“Mereka ini menunjukkan kemarahan terhadap sebarang usaha menyuruh kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mereka juga menghalang para khatib daripada berkhutbah (menyampaikan kebenaran) di mimbar-mimbar serta mengawasi majlis-majlis ilmu di sekitar masjid-masjid dengan cara mengintip mencari-cari kesalahan,” katanya dalam surat terbuka yang disiarkan menerusi portal Harakahdaily, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini