Ibu kesal kejadian anak diraba - Utusan Malaysia

Ibu kesal kejadian anak diraba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA – Seorang ibu kesal kejadian anak gadisnya diserang dan diraba pada tempat sulit oleh seorang lelaki autisme berhampiran sebuah restoran di Jalan USJ 10/1B di sini pada Selasa lalu dimanipulasi sesetengah pihak.

Keadaan ini sekaligus mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial.

Wanita yang ingin dikenali sebagai Nur berkata, anak kedua daripada empat beradik itu kini trauma dan tidak ceria seperti dahulu selepas kejadian tersebut.

Katanya, lebih mengecewakan tindakan netizen yang meluahkan pelbagai reaksi tanpa mengetahui hal sebenar. 

“Ketika kejadian keluarga saya marah dengan keluarga lelaki berkenaan kerana membiarkan anak mereka berkeliaran tanpa pe­ngawasan.

“Kami tidak tahu lelaki itu menghidap autisme sehingga di balai polis, namun ketegangan timbul apabila keluarga lelaki itu bertindak mengecam kami sekeluarga yang tidak prihatin dengan penyakit autisme anak mereka,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online hari ini.

Menurutnya lagi, mereka sekeluarga faham lelaki itu bukan seperti orang normal tapi apa yang menimpa anak perempuan mereka bukan sesuatu yang mudah untuk diterima.

“Kami tidak mahu aibkan siapa-siapa tetapi kejadian ini dan kami sekeluarga juga masih menunggu laporan daripada pihak hospital berhubung trauma yang dihadapi anak saya,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, tangkapan ke atas lelaki berusia 22 tahun itu dilakukan mengikut prosedur biasa polis.

“Pihak polis memberikan ke­utamaan berkaitan kes ini dan siasatan akan diputuskan dalam masa terdekat berdasarkan kewajaran hak kepada mangsa dan tertuduh,” katanya ketika dihubungi hari ini. – K! ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN