KUALA LUMPUR 24 Sept. – Bagi meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya dalam kalangan rakyat Malaysia, Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) memperkenalkan program Kesedaran Persediaan Penunggangan (KPP). KPP yang dianjurkan sempena Program Keselamatan Balik Kampung Yamaha ke-20 itu, mendapat kerjasama Persatuan Penjual Motosikal dan Skuter Malaysia (MMSDA) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR). Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, program tersebut dilihat sebagai antara usaha baik untuk mengurangkan…










