HARAPAN adalah sebuah keinginan. Ia muncul daripada kesedaran seseorang untuk membuat anjakan kepada suatu keadaan yang lebih baik dan akhirnya membenihkan cita-cita. Keinginan kadang-kadang merupakan satu ketidakpastian. Dalam erti kata lain, seseorang itu tidak tahu untuk apa cita-cita mereka dan mempunyai sebuah harapan. Setiap sistem sosial, sistem ekonomi dan sistem politik mempunyai harapan serta cita-cita tertentu. Ia boleh sahaja diintepretasi sebagai keinginan-keinginan individu, cita-cita kolektif kelompok atau matlamat sebuah negara…










