GST penyelesaian kepada masalah aliran keluar dana haram - Utusan Malaysia

GST penyelesaian kepada masalah aliran keluar dana haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Sept. – Pengaliran keluar dana secara haram serta tahap kompetitif negara ini bagi menarik pelaburan merupakan antara cabaran utama yang perlu ditangani oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas pemansuhan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, GST merupakan kunci komponen penyelesaian masalah pengaliran keluar dana haram tetapi malangnya sistem percukaian itu telah dimansuhkan.

Malah, dakwa beliau, rancangan untuk mengurangkan lagi cukai bagi memastikan pengaliran dana haram dikurangkan serta pelaburan asing dan peluang pekerjaan terus naik juga telah dihentikan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Di bawah GST, harga kos keseluruhan rangkaian pembekal dipantau, membolehkan kerajaan mengesan jika terdapat syarikat memalsukan harga barang import atau eksport mereka lebih tinggi atau rendah daripada biasa.

“GST mengekang syarikat daripada menjalankan perdagangan tidak jujur kerana tahu mereka dipantau. Sebab itu, saya berulang kali menyatakan bahawa bahagian besar kutipan GST berbanding cukai jualan dan perkhidmatan (SST) ini adalah hasil daripada kutipan dari mereka yang elak cukai dan ekonomi haram, dan bukan daripada rakyat biasa,” katanya dalam laman Facebook beliau, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini