GRO Thailand ditahan dalam Op Noda - Utusan Malaysia

GRO Thailand ditahan dalam Op Noda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH 19 Sept. – Polis menahan wanita warganegara Thailand yang disyaki bekerja sebagai pelayan pelanggan dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Bagan Luar dekat sini lewat malam tadi.

Dalam Op Noda yang dijalankan pada pukul 11.20 malam itu, pemeriksaan dijalankan ke atas 16 pelayan warga Thailand sebelum 13 daripada mereka ditahan kerana disyaki melanggar Pas Lawatan Sosial di bawah Seksyen 39b Peraturan Imigresen 1959/63.

Ketua Polis Daerah Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, tiga lagi remaja perempuan berusia 16 dan 17 tahun diselamatkan di bawah Seksyen 14 Atipsom 2007 (Memperdagangkan kanak-kanak).

Menurutnya, polis turut menahan seorang lelaki yang mengaku sebagai penjaga premis kerana mengaji pekerja asing memperdagangkan kanak kanak.

“Kesemua yang ditahan dibawa ke ibu pejabat Polis Daerah SPU untuk siasatan lanjut manakala tiga remaja terbabit dihantar ke rumah perlindungan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 14 Atipsom 2007, Seksyen 55B Akta Immigresen 1953 dan Seksyen 39 b Peraturan Immigresen,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN