Gempa bumi Sulawesi: Tiada rakyat Malaysia terjejas   - Utusan Malaysia

Gempa bumi Sulawesi: Tiada rakyat Malaysia terjejas  

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sekurang-kurangnya seorang maut dan 10 lagi cedera dalam gempa bumi kuat berukuran 7.7 skala Richter yang melanda Donggala, Sulawesi Tengah, Indonesia pada pukul 5.02 petang waktu tempatan (6.02 waktu Malaysia).

Wisma Putra dalam satu kenyataan malam ini, menyatakan setakat ini tiada rakyat Malaysia dilaporkan mengalami kecederaan atau terkesan secara langsung akibat kejadian gempa bumi itu.

“Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar di Jakarta dan Konsul Kehormat di Makassar telah berhubung dengan para pelajar Malaysia yang berada di sekitar Makassar bagi memastikan keselamatan mereka,” menurut kenyataan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Rakyat Malaysia diminta supaya sentiasa tenang dan terus mengikuti berita tempatan untuk mengetahui perkembangan terkini berikutan masih terdapat beberapa gempa susulan.

Rakyat Malaysia yang berada di sekitar Sulawesi Tengah yang memerlukan bantuan konsular  hendaklah menghubungi pihak Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta menerusi emel  [email protected] atau talian +62 813 8081 3036. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini