FGV lantik Mohd. Hassan sebagai Pengarah Bukan-Bebas, Bukan-Eksekutif baharu - Utusan Malaysia

FGV lantik Mohd. Hassan sebagai Pengarah Bukan-Bebas, Bukan-Eksekutif baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – FGV Holdings Bhd. melantik Mohd. Hassan Ahmad sebagai Pengarah Bukan-Bebas dan Bukan-Eksekutif berkuat kuasa pada 26 September lalu. Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat perladangan itu menyebut, Mohd. Hassan yang memiliki Ijazah Sarjana Ekonomi (Ekonomi Kewangan) dari University of Manchester, United Kingdom juga adalah Pengarah Keretapi Tanah Melayu Bhd. FGV juga mengumumkan penamatan tugas Datuk Siti Zauyah Md. Desa sebagai Pengarah Lantikan Kerajaan berkuat kuasa pada 26 September lepas. “Siti Zauyah sebelum ini adalah Pengarah Bukan-Bebas dan Bukan-Eksekutif di FGV,” kata makluman itu. – Bernama 

Langganan Akses Kandungan Eksklusif

PERCUMA

3 bulan

1 Bulan / RM3.00

Akses Kandungan Eksklusif

1 Tahun / RM12.00

Akses Kandungan Eksklusif

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN