LUMUT – Pemanah Pahang, Muhammad Fahrur Rosi Choiril Anuar berharap kejayaan meraih pingat emas acara memanah 90 meter (m) compound lelaki Sukan Malaysia (Sukma) 2018 bakal membuka mata pihak tertentu untuk membawanya beraksi pada Sukan Universiti ASEAN (AUG) di Myanmar Disember depan. Semalam, Fahrur Rosi melakar kejutan apabila mencatat 335 mata, sekali gus berjaya memadam rekod Sukma 2016 milik atlet Sabah, Wong Co Wan dengan kelebihan lima mata. Tanpa berselindung,…










