Fahami hak, peranan sebagai pengguna - TPM - Utusan Malaysia

Fahami hak, peranan sebagai pengguna – TPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KENINGAU – Rakyat perlu berusaha memahami hak dan peranan mereka sebagai pengguna bagi mengelak daripada menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata, sekiranya mereka memahami hak dan peranan sebagai pengguna, mereka akan berupaya memainkan peranan sebagai penentu harga barangan di pasaran.

“Ini boleh dilakukan sekiranya setiap kita bijak dalam merancang dan mengawal perbelanjaan kita. Berbelanjalah dengan bijak dan membeli apa yang perlu sahaja dan buatlah perbandingan harga di premis-premis sebelum melakukan sebarang pembelian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Memperkasa Komuniti Pengguna bersempena Sambutan Hari Malaysia 2018 di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Christina Liew dan Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Seri Jamil Salleh.

Menurut Dr. Wan Azizah, pengguna juga perlu memainkan peranan mereka sebagai mata dan telinga kerajaan dalam menyampaikan maklumat berkaitan salah laku peniaga. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN