Elfira akhirnya mengaku sudah bertunang - Utusan Malaysia

Elfira akhirnya mengaku sudah bertunang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pelakon Elfira Loy akhirnya mengaku sudah melangsungkan majlis pertunangan pada 2 September lalu apabila berkongsi sekeping foto di Instagram miliknya.

“Saya berkongsi sekeping foto pada majlis istimewa yang berlaku tahun ini. Saya sangat gembira, terharu dan tersentuh.

“Apa yang terbuku di hati biarlah tersimpan di dalam hati. Kerana hati sudah dimiliki,” tulis pemilik nama sebenar, Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 24, pada ruangan kapsyen foto berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tambah pelakon telefilem Cinta Itu Buta terbabit, dia akan berkongsi semua foto berkaitan kehidupan peribadi di Instagram.

“Instagram merupakan album digital saya untuk selamanya dan saya suka untuk berkongsi apa yang saya suka, cinta dan luahkan apa sahaja di ruang ini,” ujarnya.

Awal September lalu, berlaku satu majlis merisik dan bertunang secara tertutup antara pelakon itu dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Faris Khairol Anuar.

Majlis berkenaan diadakan di kediamannya yang terletak di Alam Damai, Kuala Lumpur namun tiada pihak mengesahkannya termasuklah ahli keluarga.
 
Hubungan Elfira dengan lelaki berkenaan yang bekerjaya sebagai Pengurus Besar di sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka di ibu kota mula dihidu beberapa bulan lalu apabila dia memuat naik foto bersama.

Sebelum ini, Elfira pernah bertunang dengan penyanyi Sufian Suhaimi pada 6 Oktober 2017 dalam sebuah majlis besar-besaran, namun tali pertunangan itu berakhir pada 18 Februari.  – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini