Elakkan politik kuku besi berulang - Utusan Malaysia

Elakkan politik kuku besi berulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
KU sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Inilah pepatah masyhur orang Melayu.

Lepas satu persatu tragedi yang menimpa Datuk Seri Najib Tun Razak, seolah-olah tiada berkesudahan.

Badan-badan penguatkuasa dan perundangan di bawah Kerajaan Pakatan Harapan khususnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tak habis-habis melakukan gerak gempur terhadap Najib.

Dek kerana dendam kesumat membara, Najib dipaksa melalui ranjau berduri yang diatur secara bersistematik. Kini, peguambela utama Najib, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah pula ditahan atas alasan penggubahan wang haram.

Kenapa sebelum beliau mengambil kes Najib tidak ada pendakwaan dilakukan? Dah nampak sangat! Satu ‘skrip’ terancang telah diatur oleh kerajaan baharu. Ini juga satu jenayah politik kuku besi.

Dilaung-laungkan kerajaan Malaysia baharu! Apa yang baharu? Adakah mengambil langkah undur ke belakang itu dikatakan ‘baharu’? Umpama cukai barang dan perkhidmatan (GST) kembali menjadi cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Wahai rakyat sekalian, bangkitlah! Dengan penuh kesedaran menentang kezaliman yang ternyata menipu dan menindas rakyat di negara tercinta ini.

WATANABE

Perlis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN