Dua termasuk seorang bekas pelatih Pulapol didakwa menyamun - Utusan Malaysia

Dua termasuk seorang bekas pelatih Pulapol didakwa menyamun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Dua lelaki termasuk seorang yang sempat menjadi pelatih Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuching di Sarawak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan menyamun seorang ahli perniagaan berpangkat Datuk Seri pada awal tahun ini.

Tertuduh, Izulhelmie Ismail, 21, dan bekas pelatih tersebut, Mohd. Kasmuri Abd. Aziz, 22, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Kedua-dua mereka bersama-sama seorang lagi yang sudah meninggal dunia iaitu Izzuddin Ismail didakwa telah melakukan rompakan berkumpulan terhadap Syed Abdullah Syed Ali Alsagoff, 47, iaitu dua buah telefon bimbit jenama Iphone dan Oppo bernilai kira-kira RM4,000 menggunakan sebilah parang.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah kedai makan bersebelahan stesen minyak Petron, Lebuhraya Machang, Machang kira-kira pukul 8 malam pada 31 Januari 2018.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 397 Kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua puluh tahun dan sebat. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN