ARAU 24 Sept. – Dua mayat dalam keadaan kembung dipercayai meninggal dunia sejak seminggu lalu akibat kemalangan ditemukan di dalam parit di simpang masuk Kampung Sungai Bugis, Simpang Empat di sini petang ini. Dua mayat yang ditemukan oleh penduduk kampung tersebut kira-kira pukul 5.30 petang itu masing-masing seorang lelaki dan perempuan. Mangsa lelaki yang ditemukan itu ialah Muhammad Hayat Romzi,19, dari Padang Terap, Kedah manakala identiti mangsa wanita tersebut masih…










