KERETA sukan berwarna perak yang dipandu oleh Rana Al Maimoni meluncur laju di sekitar sebuah taman di Riyadh, Arab Saudi. Sesekali, enjin kenderaan sedannya berderu sambil tayar belakangnya berpusing sekali gus menghasilkan asap putih. Kepada wanita Arab Saudi, adrenalin kelajuan merupakan kegilaan terbaharu di negara itu sejak beberapa minggu kebelakangan ini. Pada Jun lalu, kerajaan Arab Saudi yang diketuai oleh Putera Mahkota Mohammed Salman telah membatalkan larangan wanita memandu di negara itu. Al Maimoni yang merupakan peminat lumba kereta berkata, ia bergantung kepada selera seseorang, wanita tidak semestinya memandu kereta…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya