Chong Wei 
jangan mengalah! - Utusan Malaysia

Chong Wei 
jangan mengalah!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

“Terima kasih kerana doakan saya.

Tunggu! Saya akan kembali.”

Begitulah berkobar-kobarnya pesanan ringkas yang dititipkan Datuk Lee Chong Wei kepada seluruh rakyat Malaysia baru-baru ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pemenang pingat perak temasya Sukan Olimpik Rio 2016 dan wira badminton negara itu mengejutkan dunia apabila disahkan menghidap kanser hidung, minggu lalu.

Berita sedih itu sekali gus membuat peminat mendoakan kesejahteraannya yang kini mendapatkan rawatan kanser di Taiwan sejak Julai lalu.

Hanya akan pulang ke tanah air sekitar bulan depan, Chong Wei positif beliau akan bebas daripada penyakitnya itu, sekali gus meneruskan perjuangannya dalam arena sukan badminton.

Mengambil semangat dan tanda apresiasi terhadap sumbangan tidak ternilai yang telah diberikan Chong Wei, Kosmo! mengabadikan momen-momen istimewa dan penuh sejarah sewaktu jaguh berusia 35 tahun itu mengepalai temasya Sukan Komanwel yang berlangsung di Gold Coast, Australia pada April lalu.

Ketangkasan permainannya pada temasya tersebut, membenamkan tanggapan negatif tentangnya sebagai jaguh tua dan perlu segera bersara selepas merangkul pingat emas menerusi acara perseorangan lelaki Sukan Komanwel dengan menewaskan jaguh India yang pada masa itu merupakan pemain nombor satu dunia, Srikanth Kidambi, 19-21, 21-14, 21-14 dalam aksi final di Carrara Sports Arena.

Walaupun meraih pelbagai pencapaian, tidak kurang juga liku yang kurang baik yang diharunginya.

Hakikatnya atlet berasal dari Pulau Pinang itu nyata bercirikan seorang jagoan yang memenuhi segala sifat sebagai pemain badminton bertaraf dunia pada masa kini.

Ayuh Malaysia, sama-sama kita doakan Chong Wei pulih sepenuhnya daripada kanser dan kembali mencetak namanya dan Malaysia dalam peta sukan dunia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini