Budak tiga tahun maut jatuh balkoni rumah tingkat 17 - Utusan Malaysia

Budak tiga tahun maut jatuh balkoni rumah tingkat 17

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun maut selepas terjatuh dari balkoni rumahnya di tingkat 17, Blok A, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Damansara dekat sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian berlaku kira-kira pada pukul 7 pagi itu, ibu bapa mangsa tiada di rumah kerana berniaga di Bukit Jelutung sejak pukul 6 pagi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, pihaknya telah merakam percakapan kakak mangsa yang berusia 14 tahun.

“Hasil percakapan awal dengan kakak mangsa mendapati, remaja berkenaan keluar menghantar adiknya yang berusia tujuh tahun ke tadika berdekatan dan meninggalkan mangsa yang sedang tertidur kerana demam.

“Apabila sudah pulang, jirannya telah memberitahu mangsa telah terjatuh dari balkoni dan meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Pemandangan dari tingkat 17 dan anak panah lokasi mangsa jatuh.
Pemandangan dari tingkat 17 dan anak panah lokasi mangsa jatuh.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN