BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 21 SEPTEMBER 2018 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 21 SEPTEMBER 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AWANG memandang serius kematian akibat pengambilan ‘arak beracun’ baru-baru ini. Timbul kebimbangan kemungkinan bahan kimia beracun seumpama itu turut digunakan dalam pelbagai makanan, minuman, alat solek dan ubat-ubatan.

Penggunaan bahan kimia itu sudah tentu boleh memudaratkan. Justeru langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan supaya premis perniagaan tidak menjual produk tiruan yang murah tetapi berbahaya.

Pemantauan perlu dilakukan terhadap premis perniagaan atau kedai runcit. Pada pandangan Awang, kemasukan produk tiruan atau terlarang yang gagal mematuhi perundangan makanan berpunca daripada penyeludupan atau pengimportan secara tidak sah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sikap ‘tutup sebelah mata’ terhadap premis yang meragukan juga mendorong penjualan bahan-bahan ini.

Tindakan tegas perlu diambil bagi mengelakkan premis terutama kendalian warga asing ini dijadikan pusat jualan produk tiruan dan berbahaya dari negara asal mereka. Tidak ada jaminan produk yang diseludup itu berkualiti, mematuhi piawaian atau selamat.

Adalah amat penting agensi penguat kuasa pelbagai kementerian memberi perhatian terhadap isu ini. Pemeriksaan secara rawak perlu dilakukan terhadap premis yang bukan sekadar menjual arak beracun tetapi sebarang produk yang boleh menjejaskan kesihatan.

Awang menggesa pihak berkuasa bertindak membuat pemeriksaan seperti dilakukan terhadap kebersihan restoran. Premis yang ‘dicemari atau dikotori’ barang seludup atau tiruan yang berbahaya perlu disita.

Kempen kesedaran menjauhi arak juga perlu dilakukan kerana semua agama melarang pengambilannya.

AWANG – Ingat ‘kedai tuak kerajaan’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini