PERMATANG PAUH 20 Sept. – Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru ketika menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini, hari ini. Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke rumah keluarganya di Taman Tambun Indah sebelum akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Bakap selepas solat Asar. Abdul Rashid yang berusia 70 tahun meninggalkan seorang isteri Datin Seri Rabaayah Md. Naim…










