KUANTAN – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah, Datuk Faisal Abdullah,70, meninggal dunia akibat angin ahmar di sebuah hospital swasta di sini kira-kira pukul 11.45 malam tadi. Anak sulungnya, Ahmad Fadzilan, 40, berkata, Allahyarham dimasukkan ke hospital itu sejak sembilan hari lalu selepas keadaan kesihatannya merosot selepas pulang daripada rawatan dialisis. “Ayah memang menghidap penyakit kencing manis dan buah pinggang serta ada sejarah angin ahmar. “Ayah ditahan di hospital selepas kami…










